Thursday, June 16, 2011

KEISTIMEWAAN WANITA

Antara keistimewaan kaum wanita yang Allah berikan ialah =

1.   *    Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana wanita lebih penyayang dari lelaki. Sabda Rasullullah “ ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2.    *   Sesiapa yang mengembirakan anak perempuan mereka,nescaya darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

3.  *   Daripada Aisyah r.a “ Aku bertanya kepada Allah  Rasullullah SAW siapakah yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita ?” jawab baginda “suaminya. “siapakah pula yang berhak terhadap seorang lelaki?”  jawab baginda . “ibunya.”

4.     * Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu ,berpuasa dibulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta mentaati suaminya,maka pasti akan di tempatkannya di syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki olehnya.

5.  *  Haidh seorang wanita adalah sebagai penebus dosanya yang lalu. Jika seorang wanita dihari pertama haidhnya  dia membaca “Alhamdulillah’alaa kulli halin wa astagfirullah” ( segala puji bagi Allah bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa).maka Allah SWT akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa.bahkan Allah SWT akn mengangkat darjah wanita tersebut sama seperti darjat 40 orang syuhada’apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.


Berikutan keistimewaan wanita yang diberikan khusus  buat insan yang bernama wanita,walaupun kita tidak segagah dalam menghunus pedang,sasa dalam memberikan perlindungan tapi percayalah  kita sangat istimewa di kaca mata islam.


1 comment:

  1. bagus la.perkongsian ni.ada maklumat baru yang saya dapat. tkasih.

    ReplyDelete